Peserta PKKI bakal nikmati diskaun harga di pasar raya terpilih seluruh negara - Utusan Malaysia

Peserta PKKI bakal nikmati diskaun harga di pasar raya terpilih seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 13 Dis. – Peserta Program Kebajikan dan Khidmat Imigran (PKKI) anjuran Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menikmati potongan harga istimewa ketika membuat pembelian barangan di pasar raya terpilih di seluruh negara.

Fazli Abu Bakar
Fazli Abu Bakar 

Pengarah (Perkhidmatan) PKKI, Fazli Abu Bakar berkata, Peka telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pasar raya terpilih untuk mendapatkan tawaran istimewa dan peserta hanya perlu menunjukkan kad mereka bagi mendapatkan potongan harga.

“Harga istimewa akan diberi berdasarkan jenis barangan ditawarkan dan ini peluang keemasan, kerjasama ini (diskaun pasar raya) diwujudkan Peka bagi melebarkan kemudahan sekali gus memberi kelebihan pada peserta.

“Peka komited dalam usaha membantu kebajikan dan sentiasa ‘cari jalan’ yang terbaik untuk dimanfaatkan peserta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fazli berkata, warga asing yang memerlukan khidmat dari Peka boleh menghubungi wakil sah yang dilantik di talian 010-299 9949 atau 010-299 0909 bagi sebarang pertanyaan lanjut dan pendaftaran. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×