Pembelian tiket final kedua Piala AFF ditutup - Utusan Malaysia

Pembelian tiket final kedua Piala AFF ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menutup permohonan pembelian tiket final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Hanoi, tengah malam tadi.

FAM dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebooknya hari ini memaklumkan, sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh berkenaan, tidak akan diproses dan disahkan.

Badan induk bola sepak negara itu turut berterima kasih kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah membeli tiket menerusi mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini

“Sokongan anda sangat dinanti-nantikan bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain Harimau Malaya dalam memburu kemenangan di Hanoi untuk menjulang trofi kejuaraan itu,” jelas FAM.

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebelum ini memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×