Lelaki Myanmar maut ditetak - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar maut ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah teres di Taman Sintar, Nibong Tebal di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Varajami, 24, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan pada seluruh badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd. Samad, pihak polis menemui dua bilah parang berdekatan mayat mangsa di ruang tamu rumah dipercayai digunakan untuk membunuhnya.

“Pihak polis juga telah menahan tiga suspek lelaki warga Myanmar berusia di antara 20 hingga 24 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyatan di sini sebentar tadi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×