BERLIN 12 Dis.- Suspek insiden tembakan pasar Krismas di Strasbourg, Perancis didakwa memiliki rekod jenayah dan pernah terlibat dalam dua siri rompakan di bandar Mainz dan Baden-Wuerttemberg
Memetik laporan AFP, Jurucakap Pejabat Polis Persekutuan dalam kenyataan memberitahu, ekoran penglibatan dalam jenayah tersebut, suspek berusia 29 tahun itu telah dipenjarakan selama dua tahun tiga bulan di Jerman.
Dalam pada itu jurucakap kepada Kementerian Dalam Negeri, Baden- Wuerttemberg memberitahu pihaknya sebelum ini tidak mengesan apa-apa tanda yang menunjukkan perkaitan antara suspek dengan aktiviti pelampau agama.
“Suspek dipenjarakan di Jerman sebelum dihalau keluar ke Perancis,” jelas kenyataan tersebut.











