Kerajaan berhasrat tutup 
34 Klinik 1Malaysia - Utusan Malaysia

Kerajaan berhasrat tutup 
34 Klinik 1Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buat permulaan, kerajaan berhasrat menutup seba­nyak 34 buah Klinik 1Malaysia atau nama baharunya Klinik Komuniti.

Keputusan itu dibuat hasil daripada program rasionalisasi Kementerian Kesihatan yang mendapati klinik berkenaan berdepan dengan masalah kos tidak efektif.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, klinik yang ditutup perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu antaranya mempunyai purata keha­diran rendah iaitu kurang 40 pesakit

LEE BOON CHYE
LEE BOON CHYE 

sehari, terdapat kemudahan kesihatan berdekatan dalam lingkungan lima kilometer dan tidak terletak di kawasan projek perumahan rakyat (PPR).

“Selain itu, kriteria lain adalah penutupan tidak dihalang Jabatan Kesihatan negeri dan fasiliti yang ditutup tidak menjejaskan perkhidmatan sedia ada.

“Jadi selepas rundingan de­ngan Kementerian Kewangan dan juga JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), 34 Klinik 1Malaysia akan ditutup secara pe­ringkat awal,” katanya dalam sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Sabani Mat yang meminta jawapan mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah menutup Klinik 1Malaysia.

Boon Chye dalam pada itu memberitahu, mengikut statistik tahun 2017 terdapat seba­nyak 347 Klinik 1Malaysia di seluruh negara dengan kedatangan pesakit seramai 6.59 juta orang.

Kata beliau, kos operasi untuk kesemua klinik berkenaan adalah sebanyak RM119 juta ia­itu dalam anggaran purata RM18 bagi setiap pesakit.

“Ini semua adalah kos pe­lang­gan dan tidak termasuk kos operasi untuk kakitangan dan juga kos operasi untuk sewa premis,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×