Kg. Lubuk Panjang, Kg. Gong Terap mungkin banjir? - Utusan Malaysia

Kg. Lubuk Panjang, Kg. Gong Terap mungkin banjir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 12 Dis. – Kawasan rendah di sekitar Kampung Lubuk Panjang dan Kampung Gong Terap di Chalok, Setiu berkemungkinan dilanda banjir jika hujan lebat ketika ini, berterusan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 5 petang ini air Sungai Chalok dekat jambatan Chalok telah melepasi paras bahaya.

Katanya, empat sungai lain pula dilaporkan telah melepasi paras waspada dan terus meningkat iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Telemong di Kuala Ping, Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Penih di Felda Mengkawang.

“Ini kerana kadar keamatan hujan lebat di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Marang.

“Oleh itu, orang ramai perlu sentiasa bersiap sedia memandangkan ketika ini merupakan tempoh air laut pasang besar, jadi jika hujan lebat dan bertembung dengan air laut pasang, memungkinkan risiko banjir boleh berlaku di kawasan-kawasan rendah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×