Banjir kilat: 605 penduduk dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir kilat: 605 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Dis. – Seramai 605 orang daripada 171 keluarga di Taman Aman dan Taman Mawai dekat Kota Tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, mulai malam tadi akibat banjir kilat.

Menurut Sekretariat Pengu­rusan Bencana Daerah Kota Tinggi, kesemua mereka dipindahkan akibat limpahan air Sungai Pemandi yang memasuki rumah masing-masing ekoran hu­jan lebat mulai 4 petang semalam.

“Seramai 556 orang daripada 162 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi yang dibuka 9.15 malam tadi manakala 49 orang daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota yang dibuka 1.05 pagi tadi,” menurut sekretariat berkenaan menerusi kemas kini laporan banjir kilat itu, hari ini.

Banjir setinggi 0.5 meter yang menjejaskan rumah mangsa di­laporkan surut sepenuhnya pagi ini, namun, keselamatan kawasan terlibat perlu diperiksa sebelum kesemua mangsa dibenarkan pulang.

Pemantauan berterusan sedang dilakukan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Daerah Kota Tinggi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×