Jenazah mangsa kebakaran dikebumi selepas Maghrib - Utusan Malaysia

Jenazah mangsa kebakaran dikebumi selepas Maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 12 Dis. – Jenazah lima sekawan yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini semalam, akan dikebumikan selepas solat Maghrib.

Kesemua jenazah yang selesai menjalani proses bedah siasat pada pukul 3.30 petang tadi dan dijangka disembahyangkan di Masjid Idrisiah Kampung Kuala Pari dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari Hilir dalam satu liang lahad.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.54 petang itu, lima remaja dan seorang lelaki dipercayai pemilik premis, ditemukan rentung di tingkat atas premis berkenaan yang terbakar dipercayai akibat bahan letupan.

Mereka yang maut ialah Ahmad Faizal Aminuddin,16; Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16, Mohammad Nor Ikram Mohd. Husni, 15, dan P. Thiagarajan, 40. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×