Polis cari lelaki Mauritius, wanita Vietnam hilang - Utusan Malaysia

Polis cari lelaki Mauritius, wanita Vietnam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Polis meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki warga Mauritius dan wanita Vietnam yang dipercayai hilang di Lembah Klang bulan lalu.

Menurut kenyataan polis Kuala Lumpur, lelaki Mauritius tersebut ialah Rakesh Behari, 40, yang kali terakhir dilihat di Lobi Hotel Dorsett, Jalan Imbi, pada 22 November lalu.

Ujar kenyataan itu, wanita Vietnam yang terlibat pula ialah Nguyen Thi Son Trang, 38, yang kali terakhir dilihat di Hotel The KL Journal, Jalan Beremi, Bukit Bintang pada 17 Oktober yang lalu.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sarjan Nor Azmarizan Abu Jamil, Balai Polis Tun H.S Lee di talian 010-2423485, Balai Polis Tun H.S Lee (03-92212222), Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur (03-21460584/585) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×