Tiada lagi bayaran jaminan ansuran - Utusan Malaysia

Tiada lagi bayaran jaminan ansuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Tiada lagi bayaran jaminan secara ansuran dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang masing-masing menghadapi satu pertuduhan berhubung syarikat pelaburan berkenaan.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Azura Alwi dan Hakim Rozina Ayob selepas menolak permohonan daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 65, dan peguam, Datuk N. Sivananthan yang mewakili Arul Kanda, 42, untuk membuat pembayaran jaminan secara ansuran.

Terdahulu, di hadapan Azura, Muhammad Shafee Abdullah memohon agar anak guamnya dibenar membayar RM200,000 hari ini dan esok serta bakinya RM100,000 dibayar pada Jumaat.

Azura menolak permohonan tersebut dan kemudian membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan mengarahkan bayaran jaminan itu perlu dibayar hari ini selain menetapkan 4 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Sementara itu, di hadapan Rozina turut menolak permohonan Sivananthan supaya Arul Kanda membayar jaminan RM500,000 secara ansuran dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan tarikh sebutan sama.

Pada prosiding awal pagi, Najib dan Arul Kanda masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×