Jumpa janin: Polis tahan wanita tempatan - Utusan Malaysia

Jumpa janin: Polis tahan wanita tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 12 Dis. – Polis menahan seorang wanita yang merupakan pekerja kilang, tidak sampai 24 jam penemuan janin bayi dalam lubang tandas di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam di sini semalam.

AFZANIZAR AHMAD
AFZANIZAR

Wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang ketika menerima rawatan di wad bersalin Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek datang ke unit kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan, namun bertindak melarikan diri sebelum dia dibawa semula oleh ibunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Disebabkan terlalu ramai pesakit, pihak hospital terpaksa menahan wanita itu di wad bersalin dan hanya mengetahui suspek telah melahirkan bayi selepas pihak polis datang membuat siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, suspek masih ditahan di wad bagi pemeriksaan pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) untuk pengesahan kelahiran bayi dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Semalam, seorang pekerja penyelenggaraan terkejut selepas menemukan satu janin bayi dalam lubang tandas ketika membaiki saluran tersumbat tandas itu di kilang itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika pekerja lelaki itu dipanggil untuk membaiki saluran tandas yang tersumbat di tingkat satu kilang tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini