Khalid perlu rujuk kerajaan negeri dahulu - Utusan Malaysia

Khalid perlu rujuk kerajaan negeri dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad perlu merujuk dahulu kepada kerajaan negeri Selangor berhubung menjadikan Shah Alam sebagai kawasan uji kaji Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, ini berikutan Shah Alam merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri selain melibatkan kesejahteraan rakyat Selangor. 

“Beliau (Khalid) sewajarnya merujuk kepada kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. 

“Perkara ini melibatkan banyak pihak termasuk penjawat awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam yang mahu Shah Alam dijadikan sebagai ujikaji Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. 

Dalam pada itu, Borhan menjelaskan Amirudin mengambil maklum akan saranan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tidak dilaksanakan pilihan raya PBT selain menyambut baik usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mahu menjalankan kajian komprehensif berkaitan perkara itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×