Pemilik syarikat barangan lusuh didenda RM15,000 - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat barangan lusuh didenda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang pemilik syarikat barangan lusuh didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas kesalahan membuang sampah secara haram di Kawasan Perindustrian Nilai, Januari lalu.

Hakim Maimoonah Aid menjatuhkan hukuman itu selepas M. Govy, 36, mengaku salah selepas pertuduhan keatasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, pemilik syarikat TMG Metal Trading itu didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal isi rumah di Lot 750, Kawasan Perindustrian Nilai, Seremban pada pukul 3 petang, 3 Januari lalu.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 71 (8) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, N. Jaya Thinarajah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×