Kemahiran pemikiran teras bantu siswazah di tempat kerja - Utusan Malaysia

Kemahiran pemikiran teras bantu siswazah di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pembangunan kemahiran pemikiran teras, kemahiran insani dan kecekalan akan dapat membantu siswazah menyesuaikan diri dalam persekitaran di tempat kerja dan ekonomi yang sentiasa berubah.

Sehubungan itu katanya, sekolah dan universiti harus meningkatkan kerjasama yang erat dengan industri bagi mengelakkan sistem pendidikan negara menjadi lapuk.

“Juga tidak dapat dinafikan perlunya diberi tumpuan terhadap bidang-bidang ini – teknologi digital, bioteknologi dan persekitaran iaitu perkara-perkara yang akan mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Saya percaya lebih banyak mekanisme sokongan harus diwujudkan bagi mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang ini. 

“Di samping itu, mereka yang berisiko tinggi untuk ketinggalan juga perlu dikenal pasti agar dapat disediakan mekanisme untuk latihan semula,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 3,000 pelajar Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sesetengah pelajar menyuarakan kebimbangan tentang keadaan negara berhubung kerajaan yang stabil dan peralihan kepimpinan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×