Kerajaan negeri sedia bantu keluarga mangsa kebakaran - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri sedia bantu keluarga mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan segala bantuan kepada keluarga enam mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Puncak Jelapang Maju, Meru semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Abdul Aziz Bari berkata, antaranya ialah kerajaan negeri akan menanggung  kos pengurusan jenazah.

“Saya dimaklumkan bahawa keluarga mangsa sudah melakukan persediaan untuk pengebumian, jadi pihak kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.

“Kebetulan lima mangsa adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Tebing Tinggi) saya, jadi buat masa ini kita akan uruskan kos dan bantuan yang lain kita akan bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahaya Abd Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul1.54 tengah hari itu, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan rentung.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×