Angin kencang, laut bergelora hingga Ahad - Utusan Malaysia

Angin kencang, laut bergelora hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui dan utara Condore sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50kmsj dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, selatan Condore, utara Bunguran, barat laut Reef South, Reef North, Layang-Layang dan barat Palawan sehingga Ahad ini.

Situasi sama dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang pada tempoh sama yang turut membahayakan bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Dalam pada itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Selat Melaka Utara dan Bunguran dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×