Projek solar terbesar beroperasi - Utusan Malaysia

Projek solar terbesar beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Projek solar terbesar di Malaysia milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor telah mula beroperasi dan menyumbang tenaga boleh diperbaharui (RE) ke Grid Nasional pada tengah malam 23 November lalu.

TNB dalam kenyataannya berkata, Projek Solar Berskala Besar (LSS) terletak di kawasan seluas 98 hektar yang menjana elektrik menggunakan 230,000 panel solar.

Katanya, penjana dengan kapasiti 50 mW meningkatkan kapasiti RE TNB ke Grid Nasional kepada 73.2 mW sejajar agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.

“Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 berkenaan bernilai lebih RM300 juta yang telah diperoleh secara bidaan kompetitif.

“Ia dibangunkan oleh TNB Sepang Solar Sdn. Bhd (TSSSB) iaitu sebuah anak syarikat milik penuh TNB bermula tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Tambah TNB, LSS mencapai tarikh awal operasi (IOD) dengan penjanaan awal sebanyak 2.4 mW pada Oktober lalu.

Menurutnya, mula tugas LSS menyumbang kepada usaha kerajaan untuk menuju sasaran penjanaan 20 peratus daripada sumber RE menjelang 2030.

“TNB komited mendukung usaha berkenaan dan menyasarkan sumbangan terhadap kapasiti penjanaan daripada RE sebanyak 1,700 mW menjelang 2025,” katanya.

Loji dengan 230,000 panel solar dan gentian kabel optik sepanjang 10 kilometer (km) dengan kuasa 132 kilovolt (kV) adalah projek LSS pertama yang terbesar di Malaysia setakat ini.

Kira-kira 53 peratus penjanaan kuasa di Semenanjung adalah daripada arang batu manakala 42 peratus daripada gas asli dan lima peratus adalah hidro dan berbentuk RE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×