Nur Jazlan jangan berlagak seperti presiden -Annuar - Utusan Malaysia

Nur Jazlan jangan berlagak seperti presiden -Annuar

"Kita hanya ketua bahagian...kita berlagak macam presiden parti, susahlah," katanya selepas diminta mengulas dakwaan Nur Jazlan yang mendakwa beliau menjadi saksi perjanjian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai perjanjian dengan pemimpin kanan UMNO sebagaimana didedahkan oleh Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dinasihatkan tidak berlagak seperti presiden parti dengan memberikan komen berkait sesuatu perkara yang boleh menimbulkan polemik politik dalam kalangan rakyat negara ini.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu boleh menjadi satu masalah apabila orang ‘kecil’ mahu bercakap perkara-perkara yang besar.

“Kita hanya ketua bahagian…kita berlagak macam presiden parti, susahlah,” katanya selepas diminta mengulas dakwaan Nur Jazlan yang mendakwa beliau menjadi saksi perjanjian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai perjanjian dengan pemimpin kanan UMNO sebagaimana didedahkan oleh Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, orang lain tidak perlu masuk campur dalam soal perjanjian melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, hal ini kerana ia melibatkan perjanjian prerogatif antara kedua-dua tokoh itu.

“Yang jadi kelam kabut ialah orang lain masuk campur, orang yang tidak terlibat buat apa nak tambah kekalutan.

“Baik bercakap soal bagaimana nak bantu rakyat di kawasan kita. Rakyat dalam kawasan…kita tunggang langgang…itu kita tidak betulkan. Tumpu kepada membantu rakyat lebih baik daripada hari-hari bercakap isu polemik politik,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×