Undi tak percaya? Ini  kerja pembangkang - Mohamad Ali  - Utusan Malaysia

Undi tak percaya? Ini  kerja pembangkang – Mohamad Ali 

MOHAMAD ALI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dakwaan bakal berlakunya undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 25 Julai ini adalah propaganda pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar  dan dilihat sengaja diada-adakan mahu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Macam tidak masuk akal ada pula pakatan ahli dewan undangan negeri (ADUN) nak buat undi tidak percaya. Saya berani mengatakan situasi itu tidak wujud sama sekali, malah saya sendiri terkejut bila mendapat tahu mengenai perkara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini pastinya kerja kotor pembangkang cuba menggugat BN dan UMNO selepas kita memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November tahun lalu.

“Bagi saya ini sudah pasti propaganda pembangkang yang bertujuan untuk meraih simpati rakyat khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menafikan laporan sebuah portal yang dikatakan mendakwa, politik Melaka kembali bergolak.

Dakwa portal itu lagi, menurut sumber dilaporkan sebuah akhbar Cina, Ab. Rauf berhasrat mengambil alih jawatan itu daripada Sulaiman.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong mengakui kepada Utusan Malaysia, terdapat bayangan bakal berlaku undi tidak percaya terhadap Sulaiman pada sidang berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan, semua ADUN BN akan kekal menyokong Sulaiman seperti mana telah diketahui umum.

“Saya sebagai ADUN Telok Mas, saya tidak pernah dengar apa-apa dakwaan ini. Saya berani katakan kami tidak pernah berbincang untuk membuat undi tidak percaya terhadap Sulaiman.

“Kami semua ADUN dari awal sudah menyatakan sokongan terhadap Sulaiman untuk terus diberi mandat sebagai Ketua Menteri hingga habis penggal,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×