Konsep dapur terbuka lebih praktikal, kemas - Utusan Malaysia

Konsep dapur terbuka lebih praktikal, kemas

Nur Rahman gemarkan konsep dapur terbuka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ruang dapur yang luas sememangnya menjadi idaman setiap wanita, termasuk Nur Rahman yang menggunakan konsep dapur terbuka di kediamannya untuk kerja memasak yang lebih selesa.

Konsep dapur terbuka itu mengambil idea orang zaman dahulu yang banyak memasak di belakang rumah atau di ruang terbuka.

“Macam zaman dahulu kan orang suka memasak di luar dan terbuka jadi saya rasa ia lebih praktikal kerana rumah tidak berbau dan senang juga untuk dicuci.

“Sesuai dengan masakan orang Malaysia yang banyak menumis, masak sambal atau masak gulai yang memerlukan sistem pengudaraan yang baik bagi mengelakkan rumah berbau,” katanya kepada Seri.

Idea konsep dapur kediaman yang didiami sejak tahun 2012 itu tercetus apabila mengambil kira hobinya yang gemar memasak dan menjamu tetamu.

Oleh itu, dia memerlukan sebuah dapur yang mudah dicuci.

“Konsep ini memudahkan kerja mencuci dilakukan. Basahkan lantai terus pun tiada masalah kerana ia di ruang terbuka.

“Saya turut menanam beberapa tumbuhan herba di sekitar dapur yang sememangnya digunakan dalam masakan,” tambahnya.

Ciri keselamatan
Bagaimanapun, tegasnya, konsep sedemikian memerlukan perincian keselamatan supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

“Nasihat saya bagi yang mahu buat konsep terbuka perlu kira faktor keselamatan, konsep rumah dan juga kekerapan memasak.

“Walaupun konsep terbuka tetapi tetap ada pintu sliding yang boleh ditutup apabila malam. Malah, antara dapur basah dan dapur kering juga ada pintu yang boleh dikunci,” ujarnya lagi.

Kos pembinaan dapur berkeluasan 10 kaki x 12 kaki persegi dilakukan itu dianggarkan sekitar RM15,000 mengikut harga semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×