Empat tahun menduda, Reshmonu bersahabat baik dengan bekas isteri - Utusan Malaysia

Empat tahun menduda, Reshmonu bersahabat baik dengan bekas isteri

Reshmonu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bercerai sejak empat tahun lalu, penyanyi dan komposer, Reshmonu, 46, mengakui masih berkawan baik dengan bekas isteri, Kavita Rajoo.

Penyanyi lagu Hey Waley ini memberitahu, dia dan Kavita yang juga merupakan rakan perniagaannya komited dalam membesar tiga anak mereka.

“Kami masih bersahabat baik. Tiada sebarang masalah dalam membesar anak-anak kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tumpuan adalah untuk membahagiakan anak-anak, pastikan mereka gembira sama ada ketika bersama saya mahupun dia,” katanya.

Reshmonu berkata demikian ketika ditemui Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Reshmonu lagi, dia bersyukur kerana melalui fasa-fasa perceraian tanpa sebarang konflik dan drama tidak diingini.

“Mungkin kerana hidup saya yang sederhana, tanpa gosip liar dan bukan ‘kaki mabuk’. Saya kerja keras dan sentiasa pastikan diri saya menjadi bapa yang baik.

“Begitu juga dengan isteri yang merupakan ibu yang baik kepada anak-anak. Dia gembira dengan kehidupannya dan dia tahu saya seorang ayah yang bertanggungjawab.

“Kami masih mampu menggembirakan anak-anak kami bersama-sama. Bukan semua perceraian berakhir ‘dingin’,” ujarnya.

Dalam pada itu, Reshmonu juga tindak menganggap kegagalan perkahwinan terdahulu sebagai penghalang untuk berkahwin lagi.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang, dapat membesarkan anak-anak dan menjadi ayah yang baik.

“Saya berkahwin selama 14 tahun. Sekarang masanya untuk saya menikmati kehidupan sepenuhnya.

“Dan tiada paksaan untuk saya berkahwin lagi. Saya nikmati kehidupan dengan sebaiknya bersama anak-anak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini