SIKAP tidak bertanggungjawab penduduk sekitar Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras Kuala Lumpur yang terus membuang sampah ke dalam sebatang anak sungai berhampiran jelas memberi kesan buruk kepada kualiti air.
Masalah berkenaan yang tidak pernah selesai menunjukkan tahap kesedaran segelintir penduduk terutama warga asing terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sungai masih berada pada tahap rendah.
Kedudukan rumah penduduk yang terletak kira-kira lima meter dari tebing anak sungai berkenaan dipercayai menjadi punca sikap ambil mudah mereka mengabaikan kemudahan tong sampah yang disediakan di setiap rumah oleh pihak berkuasa tempatan.
Ikuti luahan penduduk kampung yang dikongsi Wartawan NIK HAFIZUL BAHARUDIN bersama jurugambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH melalui rakaman video dan edisi cetak Utusan Malaysia esok.-UTUSAN ONLINE











