Lampard dapat ‘lampu hijau’ bincang masa depan bersama Chelsea - Utusan Malaysia

Lampard dapat ‘lampu hijau’ bincang masa depan bersama Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Frank Lampard sedia membincangkan tentang minat Chelsea yang mahukannya menjadi pengendali mereka, dengan Derby County berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Spekulasi berhubung kepulangan legenda Blues tersebut ke Stamford Bridge sedang rancak diperkatakan bagi menggantikan pengendali terdahulu, Maurizio Sarri, yang berhijrah ke Juventus.

Derby bersetuju untuk memberi ruang kepada pemain berusia 41 tahun itu berbincang dengan Chelsea.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Derby County memberikan kebenaran untuk Frank Lampard mengadakan perbincangan dengan Chelsea berhubung kedudukan sebagai jurulatih skuad Blues.

“Dengan persediaan pra musim semakin hampir, kedua-dua kelab mengharapkan ia dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Setakat ini sahaja pengumuman daripada Derby, sebarang kemaskini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

“Lampard mula menggantung but pada 2016, kemudian mempelajari selok-belok tentang kejurulatihan selama dua tahun sebelum menggalas tugas tersebut di Derby.

Bekas pemain kebangsaan England itu telah melalui satu musim sebagai jurulatih.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini