MANCHESTER – Bintang Manchester City, Riyad Mahrez diarah membayar tunggakan gaji kerja lebih masa sebanyak 3,612 pound (RM18,991) kepada bekas pengasuh selepas perkara itu di bawa ke mahkamah.
Pemain sayap yang menerima gaji 200,000 pound (RM1.05 juta) seminggu itu membayar Catalina Miraflores 12 pound (RM64) sejam di antara Mac hingga November 2018 bagi mengasuh dua anak perempuannya.
Dia ketika itu bekerja untuk keluarga Mahrez di utara London tetapi masalah mula berlaku selepas Mahrez berpindah ke Manchester.
Miraflores kemudiannya terpaksa tinggal di bilik anak-anak Mahrez di Manchester dan bekerja lebih masa berbanding 8 pagi hingga 6 petang sebelum ini.
Bagi tempoh lima minggu bekerja, Miraflores mengenakan bayaran 7,146 pound (RM37,572) kepada Mahrez termasuk pecahan bayaran namun dia gagal mendapatkan baharan penuh.
“Mahrez menerima gaji 200,000 pound (RM1.05 juta) seminggu. Saya tidak mahu merosakkan reputasi sesiapa dan hanya mahukan wang saya. Dia seorang yang kedekut,” kata Miraflores.
Hakim John Sherratt menerusi Tribunal Pekerjaan Manchester mengarahkan Mahrez untuk melunaskan keseluruhan bayaran itu sebelum Khamis depan.
“Pihak tertuduh (Riyad Mahrez dan Rita Mahrez) telah melakukan pemotongan gaji daripada penuntun (Catalina Miraflores) dan bayaran 3,612 pound (RM18,991 perlu dilunaskan.
“Mereka telah melanggar kontrak kerana gagal melunaskan bayaran gaji dan atas kesalahan itu tertuduh perlu membayar kos kerugian sebanyak 150 pound (RM788),” kata Sheratt.
Jumlah bayaran yang perlu dilunaskan Mahrez adalah kurang daripada pendapatannya selama sejam.-AGENSI











