[VIDEO] Riz Amin serah pada netizen buat penilaian - Utusan Malaysia

[VIDEO] Riz Amin serah pada netizen buat penilaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Riz Amin memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang penyebaran video seorang lelaki miripnya yang dilihat sedang memegang alat sulit. 

Menurut Riz atau nama sebenarnya, Norizam Amin Nordin, dia menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri sama ada video tersebut tulen atau palsu. 

“Saya sebenarnya malas ingin cakap pasal video. Benda tidak ada apa cuma orang Malaysia memang suka tengok benda-benda tidak senonoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, saya biar netizen sendiri yang nilaikan video itu. Yang tengok tu adalah netizen,” kata pelakon filem Polis Evo 2 itu ketika ditemui Kosmo! Online sebentar tadi

Bagaimanapun, Riz menasihatkan agar netizen tidak menyalahgunakan sosial media untuk kepentingan diri sendiri.

“Saya ingin pesan pada netizen benda ni bukan pada selebriti sahaja malah boleh berlaku pada anda juga. Jangan salah guna media sosial.

“Kalau anda gunakan untuk kepentingan diri sendiri, ia akan membawa bahaya,” ujarnya lagi.

Mengulas sama ada penyebaran video memberi kesan kepada periuk nasinya dan kehidupan peribadi, jawab Riz: “Perkara itu tidak menjejaskan diri saya sebab saya tak ambil berat berkenaan video tersebut.

“Saya tidak ada masalah cuma tak mahu ia memberi kesan pada anak-anak saya. kasihanlah kepada isteri dan anak-anak saya.

“Zaman sekarang teknologi semakin hebat, macam-macam mereka boleh buat.”

Terdahulu, video berdurasi 35 saat seorang lelaki didakwa miripnya sedang membelai alat sulit tersebar di laman Twitter beberapa bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini