BA100 turunkan harga runcit - Utusan Malaysia

BA100 turunkan harga runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pengguna yang membeli barang keperluan di kedai runcit bakal menikmati harga lebih murah sekurang-kurangnya empat peratus menerusi program inisiatif Barang Asas 100 (BA100) menjelang tahun depan.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya bakal bertindak sebagai satu-satunya orang tengah antara pengeluar dengan peruncit yang menyertai program inisiatif itu.

“Program BA100 yang diluluskan Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup di peringkat Pusat akan meminimumkan lapisan edaran dan seterusnya menurunkan harga barang sehingga empat peratus kepada pengguna,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdul Fattah berkata demikian semasa sidang akhbar ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 100 kedai runcit koperasi di seluruh negara sedang mengikuti program tersebut bagi peringkat permulaan.

“Angkasa juga meletakkan sasaran 3,000 kedai runcit termasuk peruncit yang bukan ahli koperasi pada tahun depan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati harga murah,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini