Syabas gerak bantuan lori tangki, aktifkan PKS - Utusan Malaysia

Syabas gerak bantuan lori tangki, aktifkan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja baik pulih paip utama bocor disebabkan pihak ketiga di Persiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam sehingga menyebabkan 99,454 pengguna sekitar Shah Alam dan Klang terjejas giat dilaksanakan.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, bantuan lori-lori tangki air juga digerakkan dan akan mengaktifkan tiga Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan-pelanggan yang terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini pada pukul tiga petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PKS tersebut akan beroperasi 24 jam bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan.

“Lokasi PKS adalah di Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail; Bandar Parklands, Taman Rekreasi Bandar Parklands dan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Syabas dalam kenyataan memberitahu, sebanyak 31 kawasan sekitar Shah Alam dan Klang mengalami gangguan bekalan air sejak awal pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil di Seksyen 15.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini