Leong Hup akan menjual lebih banyak produk makanan sedia di makan di Singapura - Utusan Malaysia

Leong Hup akan menjual lebih banyak produk makanan sedia di makan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Syarikat berasaskan ayam yang berpangkalan di Malaysia, Leong Hup International Bhd. (LHI), merancang menjual produk makanan sedia di makan (RTE) di Singapura berdasarkan peningkatan permintaan berikutan pendapatan boleh guna yang tinggi dalam kalangan penduduk dan cara hidup mereka yang sibuk.

Semasa lawatan media ke kilang anak syarikat miliki 100 peratus LHI di republik itu, Leong Hup Singapore Ptd. Ltd. (LHS), syarikat itu berkata perbincangan sedang dijalankan dengan kedai serbaneka utama untuk memperkenal produk baharu di pasaran Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif LHS, Lau Joo Hwa berkata, setakat ini empat produk RTE di jual di kedai 7-eleven di Singapura dan syarikat itu menyasarkan untuk memperkenal beberapa produk baharu tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga dalam perbincangan dengan cawangan kedai serbaneka dan kedai-kedai lain (di Singapura) untuk mengembangkan segmen ini,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya operasi di Singapura menyumbang 17 peratus perolehan keseluruhan kumpulan dalam tahun kewangan 2018, memberi fokus pada perkembangan perniagaan hiliran, antara lain membekalkan ayam segar kepada kedai makanan dan minuman, proses pembuatan sosej ayam dan ham, perapan dan separuh masak, ayam sejuk beku, bahagian ayam, daging lembu dan kambing serta RTE yang juga sedia di masak.

“Ketika ini, LHS mengendalikan empat kilang penyembelihan dan saham untuk pasaran ayam segar di Singapura ialah 50 peratus, membekalkan kepada pelbagai pelanggan termasuk KFC, Nandos, Jollibee dan Texas Chicken.

“Kilang kami di sini menghasilkan 60,000 hingga 70,000 ayam segar setiap hari (Isnin hingga Sabtu) dan jumlah itu meningkat sekali ganda ketika musim perayaan. Kami tutup pada hari Ahad,” katanya.

Leong Hup yang baru-baru ini disenarai semula di papan utama Bursa Malaysia, mengendalikan perniagaan kilang makanan, pengeluaran telur dan ternakan di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

Pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2019, untung bersih Leong Hup meningkat 15 peratus kepada RM60.58 juta berbanding RM52.68 juta pada tahun lepas, disebabkan jumlah jualan yang tinggi dan peningkatan pada harga telur di Malaysia dan ayam pedaging di Indonesia.

Perolehan juga berkembang 11.2 peratus kepada RM1.51 bilion dari RM1.35 bilion sebelumnya.

Penyumbang utama hasil kumpulan datang dari operasi di Malaysia dan Indonesia, masing-masing sebanyak 28.9 peratus dan 33.2 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini