‘Ini yang terakhir’ - Utusan Malaysia

‘Ini yang terakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – David Silva mengesahkan musim depan adalah yang terakhir buatnya bersama Manchester City.

Pemain tengah itu kini menuju ke musim ke-10 dengan juara Liga Perdana Inggeris itu selepas berhijrah dari Valencia pada 2010.

Pemain Sepanyol itu, yang menjadi tulang belakang dalam mengubah kelab tersebut menjadi salah sebuah pasukan terbaik di Eropah berkata, tiba masanya untuk dia keluar dari Stadium Etihad selepas merangkul empat gelaran liga, dua Piala FA dan empat Piala Liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini yang terakhir. Tempoh 10 tahun bagi saya sudah cukup. Tempoh yang cukup sempurna.

“Sebenarnya, kelab menawarkan kontrak selama dua tahun, bagaimanapun saya memutuskan untuk menandatangani satu lagi dan ia berlanjutan sehingga 10 tahun.

“Ia melengkapkan kitaran (karier saya) dan merupakan angka yang bagus. Saya tidak dapat melihat diri saya mewakili pasukan lain untuk menentang City, jadi cukuplah 10 tahun. Itu sahaja,” katanya.

Silva turut berjanji tidak akan menyertai mana-mana kelab Inggeris sebaik sahaja kontraknya tamat.

Tambah pemain berusia 33 tahun itu, keutamaannya kini adalah mencari kelab lain pada musim depan, selain mahu meluangkan masa lebih banyak masa bersama keluarganya yang sedang membesar.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini