Faizah perlu muhasabah, mohon maaf kepada Zuraida - Utusan Malaysia

Faizah perlu muhasabah, mohon maaf kepada Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Wanita PKR, Datin Faizah Ariffin berkenaan kenyataan dangkal yang dikeluarkan oleh beliau kepada Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Srikandi Keadilan memohon agar semua barisan kepimpinan untuk lebih matang dan terbuka dalam menerima teguran.

Sebagai generasi wanita muda PKR, kami merasakan kata-kata yang digunakan oleh Faizah adalah tidak bersesuaian dan tidak mencerminkan status beliau sebagai seorang Naib Ketua Wanita PKR.

Sebagai pemimpin di barisan kepimpinan wanita, Faizah perlu menunjukkan contoh yang baik kepada semua, khususnya golongan wanita muda di dalam parti reformasi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam keadaan parti dan negara yang dilanda pelbagai fitnah yang dasyat, beliau boleh mengutarakan pendapat, namun haruslah bersikap lebih matang dan bukannya terus menyerang dengan menggunakan kata-kata yang tidak elok.

Kami sebagai anak muda dalam PKR amat memahami bahawa parti ini dianggotai oleh pejuang-pejuang yang mendambakan reformasi positif. Sebagai komponen kepada gabungan parti pemerintah, kita juga perlu sedar, bahawa kata-kata yang tidak elok jika diutarakan sebegitu akan memperlihatkan kelemahan diri kita sendiri.

Maklum akan mesej yang disampaikan oleh Naib Ketua Wanita tersebut, Srikandi Keadilan memohon agar Faizah dapat bermuhasabah dan memohon maaf kepada Zuraida atas kata-kata beliau yang dilihat terlalu kasar dan tidak mencerminkan keluhuran sayap wanita PKR. – UTUSAN ONLINE

Penulis merupakan Ketua Penerangan Srikandi Keadilan Malaysia

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini