Desak kerajaan negeri dedah dalang pencemaran di Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Desak kerajaan negeri dedah dalang pencemaran di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan negeri untuk mendedahkan senarai pihak terlibat yang dikenal pasti menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Ketua Pembangkang, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, ini kerana, sehingga kini dalang yang menyebabkan kejadian di Pasir Gudang itu hingga memberi kesan kepada pelajar dan penduduk kawasan itu masih belum dikenal pasti.

“Kerajaan negeri nak lindungi siapa. Takkan masih tak kenal pasti siapa sebenar dalangnya, adakah mereka sudah dapat pihak bertanggungjawab. Kerajaan perlu jelaskan pada kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, beliau dan ahli-ahli pembangkang antaranya Pas, MCA dan MIC serta 23 NGO berhimpun secara aman sebelum menyerahkan memorandum berhubung pencemaran di Pasir Gudang kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Kota Iskandar di sini hari ini.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Muhd. Shamsuddin Paijan pada pukul 10 pagi.

Yang turut hadir, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Hasni berkata, menerusi memorandum itu, mereka antara lain menuntut kerajaan negeri membentangkan segera pelan dan strategi pengurusan kes itu selain menubuhkan satu pasukan khas.

Selain itu, katanya, mereka turut menuntut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar meletakkan jawatan serta merta atas kegagalan memastikan isu kritikal itu bukan sahaja tidak berulang, malah diselesaikan dengan jayanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini