Ribuan peminat dua roda serbu rumah terbuka Port Bike - Utusan Malaysia

Ribuan peminat dua roda serbu rumah terbuka Port Bike

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA – Lebih 2,000 penunggang motosikal tanpa mengira jenis dan kuasa kuda menunjukkan kecintaan mereka dalam sukan permotoran apabila hadir memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Port Bike, di sini malam tadi.

Rata-rata mereka yang berkonvoi mengikut kelab atau persatuan masing-masing datang dari negeri ini, Perlis dan Pulau Pinang.

Biarpun hanya acara ‘makan-makan’ dan sesi bertukar pandangan secara santai, para pengunjung tidak berganjak sejak pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam yang turut diserikan dengan persembahan artis dan cabutan bertuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelbagai jenis motosikal dapat dilihat tersusun rapi sepanjang majlis itu antaranya jenis klasik, kapcai, skuter dan motosikal berkuasa tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan negeri, Asmirul Anuar Aris turut hadir memberikan sokongan kepada pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Asmirul ketika berucap berkata, kerajaan negeri menyokong penglibatan golongan muda dalam sukan permotoran termasuk menganjurkan pelbagai program yang boleh menarik minat ramai.

“Beberapa program berbentuk sukan permotoran sedang dirancang di negeri ini termasuk Kedah Motorsport Day, Port Bike Motorday dan karnival-karnival lain.

“Selain itu, pelbagai lagi program seperti 24 acara bertaraf antarabangsa termasuk di Pulau Langkawi akan dianjurkan bagi meningkatkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini