Nurul Qomar palsu ijazah, ditahan polis - Utusan Malaysia

Nurul Qomar palsu ijazah, ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Jun – Pelakon komedi, Nurul Qomar atau lebih dikenali sebagai Qomar Empat Sekawan ditahan polis kerana mengemukakan sijil ijazah sarjana dan kedoktoran falsafah (PhD) palsu ketika dicalonkan sebagai Rektor Universitas Muhadi Setiabudi (UMUS), di sini semalam.

Liputan yang memetik Ketua Pegawai Perhubungan, Ibu Pejabat Polis Jawa Tengah, Agus Triantmaja sebagai berkata, Nurul Qomar kini ditahan dan sedang disoal siasat di Balai Polis Brebes, Jawa Tengah atas kesalahan pemalsuan sijil akademik itu.

“Kita menjalankan siasatan mengikut Artikel 263, Kanun Jenayah kerana menggunakan dokumen palsu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agus memberitahu, penahanan itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada UMUS yang mengesyaki suspek mengemukakan dua sijil ijazah palsu ketika namanya dicalonkan sebagai rektor universiti terbabit.

Agus bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut berhubung kes tersebut.

Ahli Parti Demokrat itu sebelum ini pernah menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) selama dua penggal bermula 2004.

Pun begitu, beliau tewas dalam pemilihan Bupati Cirebon yang diadakan pada tahun lalu.

Sementara itu, Detik News melaporkan, pelakon itu ditahan di rumahnya semalam selepas beliau gagal hadir ke balai polis ketika dipanggil untuk merekodkan keterangan beberapa kali. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini