LOS ANGELES 26 Jun – San Francisco mengharamkan penjualan dan pengeluaran rokok elektronik atau vape di bandar raya itu berkuat kuasa semalam dalam mengekang risiko pelbagai masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat penggunaan bahan itu.
AFP yang memetik Datuk Bandar London, Breed sebagai berkata, beliau mempunyai 10 hari untuk menandatangani ordinan yang diluluskan semalam.
“Saya akan menandatangani ordinan itu bagi membolehkan undang-undang itu dikuatkuasa. Kita memerlukan tindakan drastik untuk melindungi generasi San Francisco akan datang, yang dilihat semakin ketagih dengan produk-produk ini,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dengan ini, San Franciscan menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan penggunaan dan penjualan vape. -AFP











