Empat pekerja binaan warga asing parah ditimpa batu - Utusan Malaysia

Empat pekerja binaan warga asing parah ditimpa batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai empat pekerja pembinaan warga asing cedera selepas pelantar bangunan yang sedang di dalam proses pembinaan runtuh di Jalan Wangsa Delima 8, di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam sewaktu keempat-empat mangsa sedang bekerja.

“Sewaktu kejadian keempat-empat pekerja warganegara Bangladesh itu sedang menaikkan batu di mana dua mangsa di atas dan dua lagi mangsa berada di bawah namun runtuhan berlaku dipercayai disebabkan bebanan berlebihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mendapati keempat-empat mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ke 30-an mengalami kecederaan parah akibat kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelas beliau, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan di seluruh badan telah dikejarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini