PKNP, PKNS berkongsi satu mata - Utusan Malaysia

PKNP, PKNS berkongsi satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT- Pasukan kedua tercorot Liga Super, PKNP berkongsi satu mata dengan PKNS FC selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan liga di Stadium Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan pada minit ke-34 menerusi jaringan R. Surendran yang mudah menolak bola ke gawang pasukan tuan rumah selepas menerima hantaran lintang Gabriel Miguel Guerra.

Namun, pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi jaringan cantik ketua pasukan, Hafiz Ramdan apabila bola sepakan sudut pemain itu terus menerjah gawang.

Tiba giliran PKNP FC didepan pada minit ke-70 menerusi jaringan Giancarlo Lopes yang melompat tinggi menanduk bola hantaran lintang Mohamad Ibni Khozaimi.
 
Hasrat PKNP untuk meraih tiga mata, hampa apabila PKNS mengikat kedudukan 2-2 setelah Kpah Sherman menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini