Perak hampir terlepas tiga mata - Utusan Malaysia

Perak hampir terlepas tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perak terus bersaing untuk berada di kelompok empat terbaik apabila berjaya menewaskan Felda United 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Pasukan pelawat bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang dari Brazil, Ronaldo Henrique pada minit ke-22.

Giliran J. Partiban menggandakan jaringan buat pasukan The Bos Gaurus pada minit ke-34 untuk meletakkan pasukan pelawat selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung babak kedua, anak buah Mehmet Durakovic terus mempamerkan ketajaman apabila memperolehi gol ketiga hasil ledakan Careca untuk menewaskan Norazlan Razali buat kali ketiga pada minit ke-53.

Namun, tuan rumah yang masih keletihan selepas terpaksa bekerja keras ketika menentang Kedah dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu bangkit mengurangkan defisit gol hasil jaringan kapten pasukan, Hadin Azman pada minit ke-81.

Dua minit selepas itu, Kei Ikeda merapatkan meletakkan pasukan The Fighters satu gol di belakang Perak namun masih gagal menyekat pasukan pelawat membawa pulang tiga mata.

Kemenangan itu menyaksikan Perak melonjak sementara di tangga keempat liga dengan 27 mata mengatasi Kedah yang akan bermain malam esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini