Penggodam guna komputer murah ceroboh sistem NASA - Utusan Malaysia

Penggodam guna komputer murah ceroboh sistem NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Seorang penggodam menggunakan komputer murah Raspberry Pi untuk menceroboh rangkaian Makmal Perejangan Jet (JPL) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan mencuri maklumat rahsia, demikian menurut pendedahan NASA.

Laporan audit agensi berkenaan pada 18 Jun lalu menyatakan bahawa serangan siber itu berlaku pada April 2018 dan gagal dikesan selama hampir setahun, manakala siasatan bagi mencari dalangnya diteruskan.

Komputer Raspberry Pi memiliki saiz kad kredit dan dijual pada harga sekitar AS$35 (RM145). Peranti itu boleh dihubungkan pada televisyen di rumah dan digunakan untuk pembelajaran kod komputer oleh kanak-kanak selain mempromosikan komputer kepada negara-negara membangun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum pencerobohan itu dikesan, penggodam tersebut berjaya mencuri sebanyak 23 fail, bersamaan 500 megabait data, demikian menurut laporan audit NASA.

Ini termasuk dua fail sulit misi Makmal Sains Marikh dan maklumat berkaitan Undang-Undang Penjualan Senjata Antarabangsa yang melarang eksport teknologi pertahanan dan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

“Lebih teruk, penggodam ini juga berjaya mengakses dua daripada tiga rangkaian utama JPL,” kata laporan itu.

“Pegawai-pegawai bimbang serangan siber tersebut beralih daripada fail luaran dan menceroboh sistem misi NASA yang mana penggodam mendapat akses untuk menghantar arahan jahat kepada petugas misi penerbangan angkasa lepas yang menggunakan sistem tersebut,” tambahnya.

Insiden itu menyebabkan NASA meragui data Rangkaian Angkasa Lepas Jauh dan menghentikan sementara beberapa sistem berkaitan penerbangan angkasa lepas daripada rangkaian JPL. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini