Kabinet baharu Thailand diumum bulan hadapan - Utusan Malaysia

Kabinet baharu Thailand diumum bulan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Kabinet baharu Thailand dijangka diumumkan pada pertengahan Julai, kata Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan o-cha hari ini.

Semakan latar belakang anggota kabinet baharu itu mengambil masa beberapa bulan selepas berlangsung Pilihan Raya Umum pada 24 Mac, katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Rumah Kerajaan di sini.

Media tempatan melaporkan bahawa Prayuth, yang disokong oleh Parti Palang Pracharath (PPRP) menghadapi kesukaran untuk memilih anggota kabinetnya oleh kerana beberapa parti gabungan mendesak diberikan lebih banyak kerusi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gabungan pimpinan PPRP itu yang turut disertai 18 parti politik lain, mendapat majoriti tipis dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 500 anggota. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini