Pramatang untuk bercakap soal peralihan kuasa PM - Utusan Malaysia

Pramatang untuk bercakap soal peralihan kuasa PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Jun – Parti Pribumi Bersatu Selangor (Bersatu) terus bersuara dalam isu peralihan kuasa Perdana Menteri, apabila terbaharu menyifatkan ia sebagai pramatang untuk pihak tertentu terus bercakap mengenai perkara tersebut.

Ini kerana bagi Bersatu Selangor, waktu sekarang sepatutnya semua pihak memberi fokus kepada soal pemulihan ekonomi Malaysia dan bukannya berterusan memperkata tentang bila tarikh peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilaksanakan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Asari, berkata, lebih-lebih semua sudah sedia maklum bahawa tiada tarikh khusus mengenai bila peralihan mesti dibuat kerana perjanjian hanya menyebut Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri ketujuh, manakala penggantinya Anwar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir adalah pramatang untuk terus menerus bercakap tentang peralihan kuasa antara Tun dengan Anwar buat masa ini,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Isu peralihan kuasa kembali menjadi hangat sejak beberapa minggu lalu apabila pemimpin kedua-dua parti, iaitu dari Bersatu dan PKR saling berbalas kenyataan.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, Dr. Mahathir sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatan selepas keadaan ekonomi negara berjaya dipulihkan.

“Tun mungkin ambil masa dua tahun (memulihkan ekonomi) tapi ketika ini, masih belum terserlah indikator yang ekonomi Malaysia sudah pulih, jadi mungkin Tun perlukan masa yang lebih sedikit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini