Isyarat tiada kepercayaan - Utusan Malaysia

Isyarat tiada kepercayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Mesyuarat Agung Tahunan FGV Holdings Bhd. yang berlarutan sehingga lima jam, gempar de­ngan tindakan tidak disangka-sangka daripada tiga pemegang saham utama syarikat tersenarai itu menolak empat resolusi, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi,

Tiga pemegang saham terbesar FGV iaitu Felda, Koperasi Permodalan Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menolak empat resolusi termasuk tiga resolusi berkaitan pembayaran yuran kepada Lembaga Pengarah syarikat itu.

Kejadian itu adalah pertama kali berlaku sejak FGV disenaraikan pada 2012, menggambarkan bermulanya pertempuran korporat yang berat kerana Felda merupakan pemegang saham sebanyak 33.7 peratus dalam FGV, KPF lima peratus dan LTAT, 1.25 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Sumber industri membe­ritahu, ia adalah isyarat kesemua pemegang saham berjumlah 39.95 peratus itu, tidak lagi mempercayai ahli lembaga pe­ngarah FGV sedia ada.

Seorang pegawai kanan satu daripada entiti tersebut berkata, keputusan resolusi itu boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan memberi isyarat kepada ahli lembaga pengarah FGV ketika ini.

“Isyarat ini jelas. Kami mahu mereka (ahli lembaga pengarah) buat kerja. Jika tidak sila undur diri atau letak jawatan,” menurut beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tegasnya, pemegang saham mahu ahli lembaga mendahulukan kepentingan syarikat, barulah mendapat imbuhan sewajarnya dan dari sudut lain pula, ini merupakan isyarat kepada ahli lembaga pengarah bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap ahli lembaga FGV sekarang.

Menurutnya lagi, AGM adalah institusi tertinggi yang diadakan setahun sekali dan apa yang berlaku pada mesyuarat tersebut perlu dihormati.

Seorang lagi sumber berkata, ia adalah manifestasi mendapati kekecewaan pemegang saham adalah disebabkan ahli lembaga sentiasa memberi pelbagai alasan dan meletakkan kesalahan mereka kepada pengurusan lama.

“Malah, transformasi yang dibentangkan merupakan ini­siatif lama. Terdapat projek baharu yang dibuat juga tidak menepati aspirasi pemegang saham se­perti projek pembuatan mi ramin dan tanaman durian,’’ ujarnya.
Mengikut resolusi pembayaran yuran, dicadangkan pengerusi menerima imbuhan sebanyak RM600,000 manakala pengarah bukan eksekutif sebanyak RM120,000 setahun.

Saham FGV hari ini ditutup tidak berubah pada RM1.15, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.2 bilion.

Tiga pemegang saham utama FGV tolak empat resolusi AGM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini