‘Mahu kami bekerja tanpa bayaran’ - Utusan Malaysia

‘Mahu kami bekerja tanpa bayaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – “Mesej ringkasnya ialah mereka (pemegang saham) mahu kami bekerja tetapi tidak akan mendapat bayaran.”

Pengerusi FGV, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, Lembaga Pengarah telah bekerja keras dalam tempoh lebih setahun setengah ini bagi melaksanakan pelan perubahan yang mampu menyumbang kepada kemapanan positif untuk FGV.

“Apabila re­solusi ditolak ia seolah-olah usaha kami selama ini tidak dihargai. Ini adalah apa yang

Memuatkan artikel berkaitan…
AZHAR ABDUL HAMID
AZHAR ABDUL HAMID 

kami rasa sekarang,” katanya.

Tiga pemegang saham FGV iaitu Felda, KPF dan LTAT yang mewakili 39.95 peratus ekuiti di dalam FGV telah menolak empat resolusi semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu hari ini.

Resolusi tersebut ialah pembayaran yuran para Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019; pembayaran sebahagian yuran para Pengarah berbayar mulai 26 Jun 2019 hingga AGM seterusnya; pembayaran faedah-faedah berbayar mulai 26 Jun 2019 hingga AGM berikutnya dan pemberian kuasa kepada para Pengarah untuk untuk me­ngumpulkan dan menerbitkan saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Hairul Abdul Hamid.

Dalam konteks ini, Azhar berkata, pihak­nya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berkaitan berhubung sebarang keputusan akhir yang akan dibuat.

Beliau berkata, resolusi tersebut tidak menyebut tentang kenaikan yuran Pengarah, malah jumlahnya adalah sama seperti tahun lepas.

Menurutnya, beliau secara sukarela menolak pembayaran yuran Pengarah untuk dirinya bagi membolehkan tiga resolusi diluluskan, namun keputusan pemegang saham tidak berubah.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyuarakan tentang pembayaran faedah pengarah yang agak tinggi, tetapi mereka (KWSP) tetap meluluskan resolusi tersebut. Saya pun tidak pasti asas apakah yang digunakan oleh ketiga-ketiga peme­gang saham dalam membuat keputusan,” katanya.

KWSP memiliki kepen­tingan hampir dua peratus dalam FGV.

Mengenai Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) Felda, Azhar berkata, perkara itu tidak di­bincangkan dalam AGM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini