Empat wilayah digegar 
gempa bumi dalam sehari - Utusan Malaysia

Empat wilayah digegar 
gempa bumi dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 25 Jun – Empat wilayah Indonesia dilanda puluhan gempa bumi semalam dengan gempa terkuat dilapor berukuran 7.7 magnitud di Maluku.

Lapor Tribun News, empat wilayah terjejas adalah Sulawesi, Maluku, Papua dan Jawa Barat gempa terbanyak dilapor berlaku di Papua.

Namun semua gempa itu tidak mencetuskan tsunami selain tiada laporan mengenai ke­rosakan atau kehilangan nyawa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Maluku, gempa dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter berlaku di tenggara wilayah ini pada pukul 10.28 pagi waktu tempatan akibat aktiviti tektonik.

Selain itu, lebih 10 gempa bumi direkodkan di Papua yang mengeggarkan beberapa daerah antaranya Mamberamo Tengah, Mamberamo Raya dan Sarmi dengan gegaran terkuat direkod mencecah hampir 6 magnitud.

Sulawesi turut tidak terkecuali apabila gempa bumi dilaporkan berlaku di daerah Poso, Sulawesi Tengah dan Bolaang Mongondow Selatan di Sulawesi Utara. – AGENSI

Sementara itu, gempa bumi dengan kekuatan 4.3 magnitud turut berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat kira-kira pukul 2.58 pagi waktu tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini