Lelaki ditahan belasah ‘pencuri’ selama 12 jam - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan belasah ‘pencuri’ selama 12 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 25 Jun – Polis India menahan seorang lelaki dan sedang mengesan beberapa yang lain kerana didakwa ‘menyeksa’ seorang lelaki Islam yang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Al-Jazeera melaporkan, rakaman video selama 10 minit yang tular dalam media sosial me­nunjukkan Tabrez Ansari, 24, dipukul sekumpulan lelaki ming­gu lalu selepas disyaki mencuri di daerah Kharsawan, di negeri Jharkhand.

Rakaman video juga menunjukkan Tabrez diikat pada tiang selain dipaksa melafazkan ‘Jai Shri Ram’, slogan yang digunakan penganut Hindu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua polis tempatan, Kartik S. memberitahu AFP, beberapa orang bertindak membelasah Tabrez selama 12 jam, sebelum diserahkan kepada polis dan dimasukkan ke hospital.

Tabrez disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecede­raan serius pada Sabtu lalu, empat hari selepas diserang.

“Kami telah menahan suspek utama pembunuhan itu, tetapi sebilangan yang lain sedang diburu,” kata Kartik.

Terdahulu, Pengasas Karwan-e-Mohabbat, Harsh Mander yang menggerakkan kempen solidariti bagi mangsa keganasan berkata, persekitaran telah dicipta yang membolehkan dan menggalakkan keganasan seperti itu.

“Bagi pelaku, serangan tersebut pasti dianggap hero. Berlaku kebencian agama yang jelas apabila mangsa dipaksa melaungkan slogan Hindu,” jelasnya.

Semalam, India menolak laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan keganasan terhadap minoriti di India semakin meningkat.

Susulan serangan terhadap Tabrez, Menteri Jharkhand, CP Singh menegaskan insiden itu tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Kerajaan akan menjalankan siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini