Trump ‘tidak tahu’ nama pemimpin Iran - Utusan Malaysia

Trump ‘tidak tahu’ nama pemimpin Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipersenda rakyat Iran selepas beliau tersalah menyebut nama pemimpin agung negara berkenaan yang sudah meninggal dunia sejak 30 tahun lalu.

“Aset-aset Ayatollah Khomeini dan pejabatnya (pentadbiran) tidak akan terlepas daripada sekatan tersebut,” kata Trump semalam ketika membuat pengumuman berhubung langkah terbaharu itu ke atas pemimpin agung Iran dan pegawai-pegawai tertingginya.

Bagaimanapun, pengasas negara republik Islam dan pemimpin revolusinya, Ayatollah Ruhollah Khomeini meninggal dunia pada 1989 dan sejak itu, Iran dipimpin oleh Ayatollah Ali Khamenei.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Trump tidak tahu bahawa Ayatollah Khomeini sudah meninggal dunia dan Ayatollah Khamenei merupakan pemimpin Iran,” kata koresponden diplomatik bagi akhbar harian Etemad, Sara Masoumi di Twitter.

“Adakah narsisistik itu mahu seorang lelaki yang sudah meninggal dunia untuk menghubunginya,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Pengguna Twitter itu merujuk kepada kenyataan Trump pada bulan lalu bahawa beliau mahu Iran menghubunginya.

Seorang lagi pengguna Twitter berpendapat, ada rancangan di White House untuk membuatkan Presiden AS itu kelihatan seperti orang gila. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini