KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Pengarah Jababatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini hari ini.
PDRM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, Mahamad merupakan Pengarah JSPT Bukit Aman yang pertama telah memulakan karier dalam pasukan tersebut sejak tahun 1976 sebelum bersara wajib pada 18 Jun 2017.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solehin,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador turut menzahirkan ucapan takziah di laman Facebook miliknya
“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga bekas Pengarah JSPT yang pertama, Allahyarham Datuk Mahamad Akhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah,” katanya.-UTUSAN ONLINE











