Salah bukan penyerang di Liverpool - Aguirre - Utusan Malaysia

Salah bukan penyerang di Liverpool – Aguirre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 25 Jun – Jurulatih Mesir, Javier Aguirre mengakui, masih ada ruang yang boleh diperbaiki ke atas skuad tuan rumah, Mesir yang juga pasukan pilihan bagi merangkul Piala Negara-Negara Afrika menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Congo, Khamis ini.

Jaringan Mahmoud ‘Trezeguet’ Hassan membantu Mesir melakar kemenangan 1-0 ke atas Zimbabwe pada perlawanan pembuka tirai dan sekiranya kemenangan kedua berturut-turut dicatat Pharaoh mereka bakal menghuni kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan A.

“Mesir mampu bermain lebih baik. Apa yang pasti untuk perlawanan berikut, kami tidak akan bermain dalam tekanan seperti mana pada pertemuan pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pandangan saya Congo sangat tidak bernasib baik sewaktu menentang Uganda. Mereka berhak mendapat keputusan lebih baik berbanding tewas 2-0. Saya berharap kedua-dua pasukan bermain lebih baik untuk penonton,” kata Aguirre kepada pemberita pada sidang akhbar, hari ini di Kaherah.

Bintang penyerang, Mohamed Salah memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol dalam aksi pembukaan, tetapi gagal menemui sasaran yang tepat, dan Aguirre membalas kembali kritikan yang menyatakan pemain Liverpool itu diletakkan pada posisi yang lebih luas berbanding ketika bersama kelabnya.

“Anda berkata Salah bermain pada posisi tengah? Dia lebih banyak bertahan di Liverpool berbanding di sini, Salah memiliki lapan percubaan ke pintu gol, sebagai penyerang dan juga sayap kanan di posisi depan.

“Saya fikir Salah adalah pemain penting pasukan, tetapi kami juga masih mempunyai pilihan lain. Kami tidak bergantung kepada seorang pemain dalam pasukan Mesir, tetapi pemain lain juga mempunyai tanggungjawab sama,” kata Aguirre. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini