Kenapa perlu rampas dewan penduduk... - Utusan Malaysia

Kenapa perlu rampas dewan penduduk…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula tindakan pengambilalihan 324 dewan serba guna yang ditadbir oleh badan-badan pengurusan komuniti di ibu kota oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL).

Urusetia Sekreteriat Bantahan Pengambil Alihan Dewan-dewan Masyarakat oleh Menteri Wilayah, Gulam Muszafar berkata, tindakan itu bukan sahaja tidak berasas tetapi amat jelas kerajaan tidak peka dengan kehendak rakyat. 

“Rata-rata penduduk setempat tidak bersetuju dengan arahan tersebut. Jika sebelum ini dewan di kawasan penduduk dijaga dengan baik oleh persatuan tiada sebab untuk DBKL mengambil alih pengurusannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharap kerajaan tidak akan merampas dewan komuniti daripada penduduk setempat kerana ia hanya digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan tiada unsur politik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Gulam, pihaknya akan mempertahankan dewan komuniti di tempat masing-masing walaupun perlu diselesaikan di mahkamah.

“Pihak berkuasa tempatan telah menghantar notis pengambil alihan pengurusan dewan namun kami tidak akan sesekali menyerahkan kunci,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini