Bina masjid dengan RM10 - Utusan Malaysia

Bina masjid dengan RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan mengalu-alukan orang ramai menghulurkan sumbangan serendah RM10 bagi membina Masjid Jamek Tunku Besar Tampin.


Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan dalam kenyataan memberitahu, pembinaan masjid baharu itu memerlukan kos sebanyak RM8 juta untuk disiapkan.

“Peluang ini terbuka kepada umat Islam yang ingin berwakaf bersama kami dengan mendirikan masjid demi manfaat semua pihak terutamanya masyarakat Islam di Tampin dan daerah sekitarnya.

“Mereka yang berminat boleh membuat sumbangan terus ke akaun Bank Islam 05021010037087,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini