Bayi lelaki mati lemas tertiarap - Utusan Malaysia

Bayi lelaki mati lemas tertiarap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi lelaki berusia satu bulan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dipercayai lemas dalam bilik rumah teres dua tingkat di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah di sini pukul 6 pagi semalam.

Mangsa, Aaron Hidayat Abdullah ditemukan sudah tidak bernyawa oleh ibunya selepas pulang daripada kerja.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, pengadu iaitu bapa mangsa sedang nyenyak tidur di bahagian ruang tamu rumah manakala anaknya tidur dalam bilik atas sendirian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas ibu mangsa pulang daripada kerja terus melihat anaknya namun anak lelaki mereka itu sudah tidak bernyawa dalam keadaan tertiarap dan mulutnya sudah kebiruan.

“Isterinya kemudiannya mengejutkan suaminya sebelum mereka membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Gelang Patah dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau mana-mana rawatan susulan selain tiada unsur jenayah serta khianat berlaku terhadap bayi berkenaan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini